20 Ogos 2011 - 19:30

Ayatullah Sayyid Ali Al-Sistani mengecam keras filem Al-Hasan Wal Husain yang menghina Ahlul Bait.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Wakil Ayatullah Al-Uzma Sayyid Ali Sistani, Syaikh Mahdi Karbala'i menyampaikan khutbah Jumaat di makam saidina Husain dengan menyatakan kekesalan Ali Sistani terhadap filem yang menghina Ahlul Bait berjudul 'Al-Hasan Wal Husain' di saluran satelit Al-Iraqi.

Filem ini menayangkan wajah saidina Hasan dan Husain disamping mewujudkan watak khayalan Abdullah ibnu Saba dengan dialog yang sengaja direka cipta menurut citarasa penulis skrip yang sesuai dengan gerakan anti-Syiah.

Abdul Mahdi Karbala'i berkata filem ini mesti dihentikan penayangannya kerana boleh menyebabkan perpecahan di kalangan umat Islam.

Selain itu Mahdi menafikan kabar angin bahawa Ayatullah Sistani menyokong filem tersebut.

/106